Rabu | 5 Oktober 2022
Ziarah NGO Wanita Thailand melalui IMAN Research merupakan sebahagian dari bengkel di mana sukarelwan dari Civil Society Assembly for Peace (CAP) ini dapat berinteraksi bertukar-tukar idea dan belajar sesuatu yang baru. PKPM di pilih berdasarkan penglibatan kaunseling dan lain-lain aktiviti yang memberikan kesejahteraan kepada masyarakat termasuk wanita dan kanak-kanak.
Semoga pertemuan pada hari ini dapat memberikan pengalaman dan buah pemikiran yang baru buat PKPM dan NGO Wanita Thailand untuk terus membantu komuniti di lapangan masing-masing.
Untuk makluman, IMAN Research adalah NGO yang memberikan fokus pada perkara berkait keselamatan dan sosio-politik yang juga merupakan penganjur bengkel untuk Lay Kaunselor kepada 14 Wanita di kalangan pekerja/sukarelawan komuniti (CAP) daripada Selatan Thailand. Komuniti ini menjalankan usaha membantu wanita dan kanak-kanak yang terkesan dengan konflik di Selatan Thailand.