Program Keibubapaan.
“Selamatkah Anak Saya di Alam Maya”
23 Mei 2023 l Selasa
Dewan Abas Sekolah Al Amin Kemaman.
Program ini terbuka kepada semua ibu bapa Sekolah Rendah Al Amin dan Sekolah Mengengah Al Amin Kemaman.
Antara objektif program ialah:
1. Memberi kefahaman kepada ibu bapa mengenai konsep alam maya dan perbezaan interaksi manusia di alam dunia dan alam maya.
2. Memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai beberapa bahaya penggunaan internet dan media sosial yang tidak terkawal dan melampau seperti maklumat yang tidak sesuai untuk umur-umur tententu, isu ponografi, ketagihan internet, masalah myopia (rabun mata), games ganas yang melampau dan pembaziran masa.
3. Memberi kesedaran mengenai teknologi internet semasa seperti Artificial Intelligence, Machine Learning, Deepfake, Chat GPT dan Voice Over dan kaitan & kesan kepada pembangunan fizikal, mental dan emosi anak-anak.
4. Mencadangkan teknik-teknik berkesan untuk ibu bapa menguruskan penggunaan internet dan gajet di kalangan anak-anak
Untuk menempah tajuk-tajuk Modul Pembangunan Ibu Bapa seperti Selamatkah Anak Saya di Alam Maya, Bicara Seorang Ibu & Lisan Seorang Ayah (Teknik Komunikasi Efektif Keibubapaan), Membina Kekuatan Disiplin & Karakter Anak-Anak dan Minda Sihat, Emosi Terjaga, Keluarga Bahagia (Pengurusan Kesihatan Mental & Emosi Keluarga), boleh hubungi:
PKPM – 010 288 2290
atau
Dr Adnan Omar – 019 3865622