Bengkel Pengurusan dan Intervensi Self-Destructive Behaviour di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Kediaman Mawar UiTM Shah Alam.
21-22 Ogos 2023 | Shah Alam
Program di hadiri oleh seramai 90 orang staf UiTM dari seluruh Malaysia yang terdiri dari pegawai psikologi, kaunselor, pegawai perubatan, pegetua kediaman, wakil Pusat Islam dan polis bantuan.
Antara objektif bengkel ini adalah:
1. Memberikan kefahaman yang jelas mengenai konsep dan definisi Bunuh Diri (suicide)
2. Membezakan antara Self-Harm dan Suicide
3. Membincangkan sebab dan teknik menguruskan Self Harm di kalangan pelajar kolej dan universiti
4. Memahami isu Suicide dari Bio-Psycho-Spiritual-Social perspektif
5. Melihat kepada kadar Suicide di Malaysia berbanding negara ASEAN dan negara yang lain
6. Mempelajari teknik untuk melakukan Assessment of Suicidality secara lebih tepat.
7. Memahami hubungan antara Gangguan Kesihatan Mental (Mental Disorders) & Kemurungan (Depression) dengan Suicide
8. Memahami peranan ubat (medication) dalam rawatan kemurungan
9. Memahami 8 Pola Pemikiran Individu yang Ingin Bunuh Diri (8 patterns of thinking and feeling of suicidal inviduals) dan mencadangkan cara membantu atau intervensi bagi setiap pola pemikiran.
10. Melakukan perbincangan 5 Kajian Kes Bunuh Diri dengan kritikal, mendalam dan membentangkan intervensi yang efektif untuk setiap kes.
11. Mengaplikasikan Individual Suicide Safety Plan (ISSP) untuk setiap kajian kes
12. Mempelajari bagaimana untuk aplikasikan Cognitive Behaviour Therapy (CBT) dalam kes Bunuh Diri.