Bengkel Prevention and Intervention of Self-Harm and Suicide di dalam Persidangan Psikologi Kebangsaan Ke-3 (SPIKE3) di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh.
Khamis | 24 Ogos 2023 | Ipoh, Perak
Timbalan Pengerusi PKPM, Dr Adnan Omar merupakan salah seorang penceramah dalam program SPIKE 3. Program di hadiri oleh seramai 63 orang pengamal kesihatan mental (practitioners of mental health) dari seluruh Malaysia yang terdiri dari pegawai psikologi, kaunselor dari pelbagai sekolah, kolej, university, gereja dan jabatan kerajaan, dan pegawai perubatan dari pelbagai hospital dan klinik kesihatan.
Antara objektif bengkel ini adalah:
1. Memberikan kefahaman yang jelas mengenai konsep dan definisi Bunuh Diri (suicide)
2. Membezakan antara Self-Harm dan Suicide
3. Membincangkan sebab dan teknik menguruskan Self Harm di kalangan pelajar kolej dan universiti
4. Memahami isu Suicide dari Bio-Psycho-Spiritual-Social perspektif
5. Melihat kepada kadar Suicide di Malaysia berbanding negara ASEAN dan negara yang lain
6. Mempelajari teknik untuk melakukan Assessment of Suicidality secara lebih tepat.
7. Memahami hubungan antara Gangguan Kesihatan Mental (Mental Disorders) & Kemurungan (Depression) dengan Suicide
8. Memahami peranan ubat (medication) dalam rawatan kemurungan
9. Memahami 8 Pola Pemikiran Individu yang Ingin Bunuh Diri (8 patterns of thinking and feeling of suicidal inviduals) dan mencadangkan cara membantu atau intervensi bagi setiap pola pemikiran.
10. Melakukan perbincangan 5 Kajian Kes Bunuh Diri dengan kritikal, mendalam dan membentangkan intervensi yang efektif untuk setiap kes.
11. Mengaplikasikan Individual Suicide Safety Plan (ISSP) untuk setiap kajian kes