Rabu l 25 Oktober 2023
PROGRAM “BULAN KESIHATAN MENTAL & HARI SUKAN NEGARA 2023”
PKPM telah dijemput untuk membuka booth sempena program Kempen Bulan Kesihatan Mental dan Hari Sukan Negara, yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Tujuan program adalah untuk membimbing para pelajar memahami kepentingan menjaga kesihatan minda dan menjadikan aktiviti sukan sebagai gaya hidup.
AJK PKPM, Puan Dzilal Binti Abd Aziz turut dijemput sebagai panel bagi forum “From The Court to The Mind : Nurturing Mental Wellbeing Through Sports”.
Program diadakan di Dataran Upten Food Court, UNITEN dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.