Daurah Keibubapaan anjuran IKRAM Hulu Selangor

Daurah Keibubapaan anjuran IKRAM Hulu Selangor

Sabtu | 26 Ogos 2023 | Selangor

Dr Adnan Omar, Timbalan Pengerusi PKPM telah dijemput untuk menyampaikan 2 tajuk utama: “Membangun Karakter dan Disiplin Anak-Anak” dan “Selamatkah Anak Saya di Alam Maya.”

Untuk “Membangun Karakter dan Disiplin Anak-Anak”, antara objektif adalah:

1. Membincang dan memhami konsep FITRAH kelahiran anak-anak

2. Menyedari bahawa ibu bapa ialah kumpulan utama yang membangun FITRAH lalu karakter dan disiplin anak-anak

3. Memahami kepentingan ibu bapa untuk mengenalpasti karakter baik dan mulia yang mana yang nak dibangunkan

4. Mencadangkan langkah-langkah sistematik untuk mengangunkan karakter tersebut

5. Mengenalpasti 3 stail keibubapaan

6. Mempelajari 4 tahap Pendidikan berdasarkan Sunnah Rasulullah dan bagaimana untuk berinterasksi dan melakukan aktiviti untuk setiap tahap supaya terbangun karakter mulia dan disiplin yang sempurna

7. Membuat 2 kajian kes salahlaku (Mencuri & Bercakap Bohong) dan mencadangkan bagaimana ibu bapa boleh bertindak dalam kedua-dua kes ini

Untuk “Selamatkah Anak Saya Di Alam Maya?”, antra objektif adalah:

1. Memberi kefaham kepada ibu bapa mengenai konsep alam maya dan perbezaan interaksi manusia di alam dunia dan alam maya

2. Memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai beberapa bahaya penggunaan internet dan media sosial yang tidak terkawal dan melampau seperti maklumat yang tidak sesuai untuk umur-umur tententu, isu ponografi, ketagihan internet, masalah myopia (rabun mata), games ganas yang melampau dan pembaziran masa.

3. Memberi kesedaran mengenai teknologi internet semasa seperti Artificial Intelligence, Machine Learning, Deepfake, Chat GPT dan Voice Over dan kaitan & kesan kepada pembangunan fizikal, mental dan emosi anak-anak

4. Mencadangkan teknik-teknik berkesan untuk ibu bapa menguruskan penggunaan internet dan gajet di kalangan anak-anak

Mahu Menyumbang?

Adakah anda mendapat manfaat daripada penulisan di atas? Sekiranya ya, mohon dipertimbangkan untuk memberi sumbangan agar kami boleh teruskan aktiviti, penulisan, isi kandungan dan inisiatif yang boleh membantu menyumbang kepada kesejahteraan psikospiritual dani mental masyarakat.

Nyatakan Pandangan Anda