Program Menangani Risiko Kesihatan Mental, Pusat Pendidikan Daerah Kulai

Pada 6 Disember 2023, telah berlangsungnya program Menangani Risiko Kesihatan Mental. Program ni dianjurkan oleh Pusat Pendidikan Daerah Kulai, Johor dan diadakan di Bilik Seminar, Pusat Pendidikan Kulai.

Program ini dihadiri oleh guru besar sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Kulai.

Antara objektif program ini adalah:

1. Memberikan kefahaman yang jelas mengenai konsep kesihatan mental dan gangguan kesihatan mental.

2. Membincangkan jenis gangguan kesihatan mental di kalangan staf sekolah.

3. Membincangkan sebab dan teknik menguruskan kesihatan mental di peringkat sekolah supaya objektif pendidikan tercapai.

4. Memberi kesedaran kepada pengetua sekolah mengenai bantuan, sokongan dan rawatan yang ada untuk kesihatan mental.

5. Mencadangkan teknik yang lebih sesuai untuk menguruskan kesihatan mental di kalangan staf sekolah.

#kesihatanmentalmalaysia

#kesihatanmalaysiaremaja

#mentalhealthmalaysia

+3

Mahu Menyumbang?

Adakah anda mendapat manfaat daripada penulisan di atas? Sekiranya ya, mohon dipertimbangkan untuk memberi sumbangan agar kami boleh teruskan aktiviti, penulisan, isi kandungan dan inisiatif yang boleh membantu menyumbang kepada kesejahteraan psikospiritual dani mental masyarakat.

Nyatakan Pandangan Anda