Pada 9 October 2024, telah berlangsung bengkel Wellbeing Is the Future of Work untuk lebih dari 100 orang pegawai Jabatan Premier Sarawak. Dalam bengkel ini, Dr. Adnan membincangkan kefahaman dan langkah berkesan dalam menguruskan cabaran kesihatan mental di tempat kerja. Bengkel juga menyediakan beberapa ujian psikometrik penting supaya para peserta memahami dan menyedari tahap kesihatan mental diri sendiri serta mampu mengambil langkah yang berkesan untuk menguruskannnya. Bengkel ini turut membincangkan isu Resilience di tempat kerja dalam 5 fokus utama iaitu: coping, connection, challenge, contribution dan credibility.