Ucapan Alu-aluan Pengerusi 2023

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Segala pujian kepada Tuhan semesta Alam dan selawat dan salam kepada junjungan Rasul SAW.

Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM) bagi tahun 2023 telah selamat di adakan. Dengan itu barisan jawatankuasa yang baharu telah dipilih untuk sesi 2023-2024.

Sehubungan itu, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PKPM kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mempengerusi lagi barisan AJK PKPM bagi sesi 2023-2024.

Alhamdulilah, melalui usaha keras barisan AJK yang lepas, PKPM telah ditadbir dengan baik dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti selaras dengan visi dan misi PKPM. Saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka atas segala sumbangan tenaga, masa mahupun wang untuk memastikan khidmat PKPM sampai kepada  masyarakat.  Semoga segala pengorbanan dinilai di sisi Allah SWT.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas, bagi sesi 2023/2024. Saya berharap kita semua dapat bekerja sebagai satu pasukan untuk menyumbang banyak lagi buah fikiran bagi merencana dan melaksanakan aktiviti- aktiviti pada masa akan datang, demi membantu mengurangkan masalah psikospiritual-sosial dalam masyarakat.

Saya juga berharap usaha-usaha PKPM untuk bersama pihak Kerajaan, agensi-agensi, NGO dan entiti-entiti lain, bagi menangani isu-isu kesihatan psikospiritual, pembinaan insan dan keluarga sejahtera, di sambut baik oleh masyarakat.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah swt menganugerahkan kita hidayah dan sumber kekuatan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan PKPM.

Terima Kasih.

Dr Kamaliah Noordin,
Pengerusi PKPM

Mahu Menyumbang?

Adakah anda mendapat manfaat daripada penulisan di atas? Sekiranya ya, mohon dipertimbangkan untuk memberi sumbangan agar kami boleh teruskan aktiviti, penulisan, isi kandungan dan inisiatif yang boleh membantu menyumbang kepada kesejahteraan psikospiritual dani mental masyarakat.

Nyatakan Pandangan Anda