Program Meniti Usia Baligh
11 Mei 2023 l Khamis
SMK Taman Desa Kulai
Peserta merupakan murid-murid tingkatan 2 dan tingkatan 3.
Antara objektif program ini ialah:
1. Memberi kefahaman kepada remaja mengenai perubahan fikal, mental dan emosi bila manusia mencapai usia baligh.
2. Memberi kesedaran dan kefahaman mengenai cara yang baik dari segi pergaulan antara lelaki dan wanita dari perspektif Islam, moral dan psikologi.
3. Memberi kefahaman mengenai aktiviti seksual luar nikah dan kesan-kesan negatif seperti penyakit kelamin, pembuangan anak dan keguguran janin.
4. Membincangkan isu berkaitan ponografi dan langkah-langkah mengatasi.
5. Membincangkan “cinta” yang sebenar untuk remaja.
6. Memberi kefahaman mengenai isu LGBT.
7. Mencadangkan cara-cara praktikal untuk remaja supaya tidak terlibat dengan aktiviti seksual samada di alam dunia atau di alam maya.
Untuk menempah Modul Pembangunan Remaja PKPM termasuklah Rahsia Hidup Luarbiasa, Selamatkah Saya di Alam Maya, Meniti Usia Baligh, 7 Habits of Highly Effective Teenagers, Membangun Potensi Diri dan Pengurusan Kesihatan Mental Remaja,
boleh hubungi:
PKPM – 010 288 2290
atau
Dr Adnan Omar – 019 3865622