Bengkel Pengurusan Intervensi Minda Sihat.
Anjuran Majlis Guru Kaunseling Daerah Kemaman dengan Kerjasama Pusat Pendidikan Daerah Kemaman yang berlangsung pada:
24 Mei 2023 l Rabu
Bilik Mesy. Zamrud, Pusat Pendidikan Daerah Kemaman
Peserta terdiri dari guru-guru kaunseling sekolah-sekolah rendah dan menengah daerah Kemaman.
Antara objektif utama bengkel ini ialah:
1. Memahami konsep kesihatan mental (mental health) dan gangguan kesihatan mental (mental illness/disorder) dan kaitan dengan tujuan dan falsafah pendidikan negara.
2. Memahami punca gangguan kesihatan mental dan membincangkan salah faham yang ada dalam masyarakat mengenai isu gangguan kesihatan mental.
3. Membincangkan beberapa jenis gangguan kesihatan mental yang biasanya berlaku di kalangan murid sekolah rendah dan menengah dan membincangkan strategi untuk rawatan.
4. Memahami bagaimana penggunaan dan pendedahan kepada internet dan media sosial yang melampau boleh membawa kepada gangguan kesihatan mental.
5. Mencadangkan terapi yang sesuai untuk masalah gangguan kesihatan mental di sekolah seperti “The 15-Minute Rule” untuk Self Harm, dan “Internet Replacement Therapy” untuk ketagihan gajet/internet.
5. Mencadangkan beberapa instrumen untuk saringan gangguan kesihatan mental di peringkat sekolah seperti Ujian Ketagihan Internet, Ujian Ketagihan Ponografi, Psikometrik untuk “Attention Deficit Hyperactivity Disorder & Attention Deficit Disorder”, Skala Stres untuk Remaja dan Skala Stres untuk Dewasa.
Untuk makluman, sebarang tempahan ceramah dan bengkel untuk Pengurusan Kesihatan Mental dan Emosi, boleh hubungi :
Pejabat PKPM – 010 288 2290
atau
Dr Adnan Omar – 0193865622