Sabtu. 5 Ogos 2023.
Sekitar Program Karnival Kesihatan “Jom Sihat, Moh le Kite” dan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu, bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Sg. Behrang.
Unit Gerontologi PKPM telah membuka booth untuk mengadakan sesi soal selidik mengenai isu dan cabaran penjaga warga emas. Terdapat 17 orang warga emas telah mengisi soal selidik tersebut.
Selain PKPM, terdapat 7 lagi agensi dan jabatan lain turut serta membuka pameran booth di program ini. Antaranya ialah KESUMA, KOSPEN, PERWARA dan PERKASIH.
Turut melawati booth ialah Adun Behrang YB Puan Salina Samsudin.
Program Kesihatan Awam ini telah dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Tanjong Malim dan Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Daerah Mualim.