16 Januari 2024 l Selasa
Sesi perbincangan Unit Gerontologi PKPM dengan Dr Hapsah (UPSI) di Tanjung Malim.
Perbincangan adalah mengenai produk inovasi warga emas, The Reminiscenes Therapy Card, yang telah memenangi dua anugerah di Pertandingan Inovasi Malaysia Technology Expo (MTE 2023) iaitu Anugerah Emas dan “Outstanding Award”.
Produk inovasi ini juga dapat membantu keluarga (penjaga warga emas) dalam membantu beberapa isu warga emas seperti interaksi, kembalikan ingatan dan kesejahteraan warga emas khususnya.
Produk ini mengandungi tiga album iaitu tema kekeluargaan, makanan dan perayaan. Produk ini juga mempunyai gambar yg menarik yang disertai QR code untuk mendengar lagu atau selawat.
Pihak PKPM berminat untuk menggunakannya ke atas warga emas dan penjaga warga emas.