8 Mac 2024 | Jumaat
Kunjungan Unit Gerontologi PKPM dan Muslimah Kg. Jelutong Tambahan ke Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu, Selangor.
PKPM bersama muslimah Kg. Jelutong Tambahan telah mengadakan lawatan ke Rumah Ehsan dengan tujuan untuk bersama-sama meningkatkan tahap kerohanian dan kesejahteraan mental di ambang bulan ramadan.
Lawatan ini diisi dengan aktiviti kad terapi kenangan Ramadan dan perkongsian juadah serta kurma. Ia juga dituruti dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa yang dilakukan bersama warga Rumah Ehsan.
Ribuan Terima kasih diucapkan kepada pihak JKM khususnya pengetua Rumah Ehsan Encik Samsuri, para pekerja dan penghuninya kerana sudi menerima kedatangan kami.
#gerontology
#gerontologymalaysia
#malaysiagerontologi