Pada 23 Oktober 2024, telah berlangsungnya sesi Depression and Suicidal Thought di Dewan Utama UniKL MITEC di Seri Alam, Johor. Program ini dihadiri oleh lebih 500 orang murid MRSM JB, siswa & siswi UniKL MITEC Seri Alam dan juga kakitangan MRSM dan UniKL MITEC Seri Alam.
Dalam ceramahnya, Dr. Adnan Omar telah memberi pendedahan kepada peserta berkenaan simptom-simptom kemurungan dan langkah-langkah untuk mengurus serta merawat isu tersebut. Penceramah juga membincangkan mengenai 7 pola pemikiran dan perasaan individu yang mempunyai kecenderungan ingin bunuh diri. Langkah-langkah yang boleh diambil turut dibincangkan dalam membantu individu yang mempunyai kecenderungan untuk bunuh diri berdasarkan pola pemikiran tersebut.