pertubuhan Kesejahteraan

Psikospiritual Malaysia

Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM) merupakan sebuah NGO berdaftar yang berharap dapat membantu mengukuhkan pembangunan institusi keluarga dan melahirkan masyarakat yang cakna terhadap kesihatan mental. Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia juga menguruskan sebuah platform pendidikan atas talian bertujuan untuk memasyarakatkan pendidikan dan pembangunan perkahwinan dan keluarga muslim melalui platform kawenkawen.com.

Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia mula mendaftar dengan ROS pada Disember 2019 dengan nombor pendaftaran PPM-010-14-23122019.Manakala platform utama Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia adalah facebook yang mula dibina pada Mac 2020.

Misi dan Visi

Misi

Meningkatkan kesedaran kesejahteraan psikospiritual melalui aktiviti dan perkhidmatan kesihatan mental bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia

Visi

PKPM sebagai institusi rujukan masyarakat bagi kesejahteraan psikospiritual

Objektif

kESIHATAN mENTAL

Meningkatkan kesedaran mental dalam kalangan masyarakat

PSIKOSPIRITUAL

Menyokong dan melaksanakan aktiviti membangunkan kesejhateraan psikospiritual

Pembangunan Keluarga

Meningkatkan kesedaran mental dalam kalangan masyarakat

Pasukan Kami

Pengerusi

Dr. Kamaliah Noordin

Doktor Falsafah (Psikologi Pendidikan)

Pakar bidang psikologi pendidikan, berpengalaman menguruskan isu berkaitan pembangunan kanak-kanak, remaja serta kekeluargaan, sangat kompeten dalam memberi bantuan pada generasi muda. Sentiasa bersedia untuk menyumbang dari sudut perkongsian pengalaman dan bimbingan dalam bidang pembentukkan keluarga serta “grandparenting”. 

Timbalan Pengerusi & Ketua Unit Modul

Dr. Adnan bin Omar

Ph. D Medicine (Psychology & Suicidology & Mental Health)

Di PKPM, mengetuai Unit Modul yang menghidangkan Modul Perkahwinan, Modul Keibubapaan, Modul Remaja, Modul Kesihatan Mental & Modul Gerontologi. Juga menjadi Konsultan Suisidologi (Fenomena Bunuh Diri) dengan menawarkan Program Latihan & Pembangunan untuk Mencegah & Memahami Fenomena Bunuh Diri.

bendahari

Pn. Zarina Azhari

Master of Counselling, OUM, KL

Memiliki sarjana muda Perakaunan dapat membantu PKPM dalam aspek mengendalikan, mengemaskini dan membuat perancangan yang menepati kapasiti kewangan. Seterusnya memastikan setiap perbelanjaan digunakan dengan sebaiknya untuk mencapai objektif tertentu. Terlibat dengan pertubuhan kebajikan selama 37 tahun memberikan pengalaman yang sangat berharga, terutamanya sebagai kaunselor Talian ReachU. 

Setiausaha

En. Mohammad Hafis Shafiq Bin Mohammad Supian

Master of Science (Counselling)

Merupakan kaunselor yang menawarkan khidmat kaunseling persendirian sejak 2013. Kaunselor Panel di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak 2018 dan Pegawai Psikologi (Kaunseling) Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2020. 

KEtua-ketua Unit dan Ahli Jawatankuasa

Ketua Unit Kaunseling

En. Mohammad Hafis Shafiq Bin Mohammad Sopian

Master of Science (Counselling)

Kaunselor Shafiq menawarkan khidmat kaunseling persendirian sejak 2013. Kaunselor Kaunselor Panel di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak 2018. Khidmat sebagai Pegawai Psikologi (Kaunseling) Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2020. 

Ketua Unit Media

Pn. Nurul Izzah

Minat dalam bidang psikologi mendorong beliau untuk menjadi sukarelawan di PKPM. Graduan Psikologi dari UIAM, kini merupakan surirumah sepenuh masa, dan berpengelaman menerajui beberapa bisnes atas talian dan aktif mengurus sosial media PKPM.

Ketua Unit Latihan

Pn. Dzilal binti Abdul Aziz

Sarjana Kaunseling

Bertugas sebagai Pengurus Rumah Perlindungan TERATAI dan kaunselor di Klinik Psikologi Azlina. Fokus utama kepada kaunseling keluarga dan perkahwinan. Kaunselor di Talian Reach-U PKPM dan terlibat dengan unit kajian dan sukarelawan.

Ketua Unit Gerontologi

Dr. Fauziah Hanim Jalal

Ph. D (Family and Consumer Sciences Education Minor Family Counseling)

Pensyarah kaunseling di universiti awam selama 32 tahun. Di samping itu aktif dengan aktiviti sukarelawan dalam komuniti. Kini telah bersara dan bidang baru yang sedang dikaji ialah isu penuaan dalam kalangan warga tua.

Ketua Unit Kajian

En. Rozalli Hashim

Sarjana Pentadbiran Awam

Pernah bertugas sebagai pensyarah selama 30 tahun di UiTM. Menjalankan tinjauan dan kajian yang berkaitan dalam bidang psikospiritual. Gerak kerja terkini adalah projek Keluarga Utuh yang menyediakan perkongsian berkenaan hal ehwal keluarga secara menyeluruh sebagai bimbingan yang baik kepada masyarakat.

Ahli Jawatankuasa

Dr. Ruziaton binti Hasim

Sarjana

Pakar Perubatan Keluarga, sub kepakaran Community Geriatrics. Pernah bertugas di Kementrian Kesihatan Malaysia selama lebih 30 tahun. Boleh memberi khidmat nasihat dalam aspek perubatan dan kesihatan warga emas

Kakitangan Sepenuh masa

Pengurus

Dr. Zaiton Ismail

Ph. D Bimbingan dan Kaunseling

Kaunselor PKPM dan antara pengasa PKPM. Kekuatan pendidikan tertiari yang pelbagai bidang. Menguasai Bahasa Malaysia, Inggeris, dan Arab. Terlibat dalam kerja kesukarelawan dalam pelbagai cohort, kanak-kanak, remaja dan keluarga muda. Menguruskan hal ehwal pentadbiran PKPM.

PeNOLONG setiausaha

en. abdur rahman bin zuleffendi

Sarjana psikologi Kaunseling

Sukarelawan Kaunselor yang mempunyai pengalaman mengendalikan kes kaunseling secara atas talian dan bersemuka bersama klien secara individu dan kelompok. Membantu menguruskan hal ehwal pentadbiran PKPM dan bekerjasama dengan unit-unit bagi menjayakan program kesejahteraan masyarakat.