Webinar khas berkaitan keluarga dan keibubapaan akan diadakan.
Kami pelajar ISMP Bimbingan dan Kaunseling Semester 7 dari kursus Kaunseling Keluarga dan Keibubapaan dengan kerjasama Wellness Centre UPSI serta Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia akan menganjurkan program webinar yang akan mengkhususkan:
[PASCA PENCERAIAN: ADAKAH ANAK-ANAK BAHAGIA?]
Isu penceraian keluarga sering terjadi di dalam kalangan kita yang sudah berumah tangga dan ini amatlah membimbangkan. Hal ini kerana, ia sangatlah memberi kesan kepada orang disekeliling terutamanya anak-anak.
Ingin mendalami ilmu pengetahuan berkaitan keluarga dan keibubapaan dalam perspektif kaunseling??
Ingin meneroka dan memahami apa itu isu pasca penceraian?
Ingin mengetahui kesan-kesan yang akan dialami terutamanya anak-anak??
Kami bawakan dua penceramah jemputan khas iaitu:
Dr. Siti Nubailah binti Mohd Yusof (Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling USIM)
Cikgu Yunus bin Jurait (Guru Bimbingan Dan kaunseling SMK Dato’ Haji Kamaruddin)
Butiran program :
Tarikh: 23 Disember 2021 (Khamis)
Masa: 9.00 a.m – 11.00 a.m
Medium: Cisco Webex & FB Live FPM
Terbuka kepada semua
E-Sijil disediakan
Yuran:
Percuma kepada semua peserta