Meh Borak! Boleh ke penyakit mental sembuh sendiri?

“Tak payah jumpa doktor la. Lama-lama okay la tu”

Betul ke sakit mental ni lama-lama nanti sembuh sendiri la tu?

Meh borak!

BOLEH KE PENYAKIT MENTAL SEMBUH SENDIRI?

1. Ni antara soalan yang famous sebab ada banyak kekangan yang membuatkan pesakit tak dapatkan rawatan. Antaranya stigma daripada orang lain, dan juga stigma diri sendiri. Ada juga ‘hasutan’ daripada orang sekeliling yang kata mereka pun depress tapi boleh je sembuh sendiri. Antara stigma yang famous adalah:

– Nanti doktor kata aku sekadar mengada-ngada

Lama-lama okay la ni

– Mungkin aku tak tenang sebab banyak dosa, jadi aku sekadar perlu solat taubat.

– Nanti majikan tahu aku dapatkan rawatan psikiatri nanti kena berhenti kerja atau susah untuk mendapat kerja.

– Orang lain lagi perlukan rawatan, kes aku ni kecil je ni

2. Sebelum bincang pasal adakah penyakit mental boleh sembuh sendiri, kita kena ada satu pemahaman yang sama mengenai kesembuhan. Apa maksud sembuh? Dan sebenarnya penyakit mental ni boleh sembuh ke tak? Kalau kata symptom free, inshaAllah boleh. Tapi kalau kita expect sembuh dan tak ada relapse langsung, memang agak mustahil. Memang susah la sikit sebab individu yang ada sejarah kemurungan memang ada potensi untuk episod seterusnya, sebab itu perlu berjaga-jaga. InshaAllah boleh membantu. Yang penting kalau dah rasa okay, jangan terus stop jumpa doktor. Teruskan sampai doktor bagi kebenaran untuk berhenti.

3. Jadi, bila penyakit mental tu boleh sembuh (symptom free), so okay ke kalau taknak dapatkan rawatan? Dekat sini kita kena ingat yang mecegah lebih baik dari merawat. Sebab tak mendapatkan rawatan ni sangat tak digalakkan sebab risky. Kalau betul2 okay, alhamdulillah. Tapi kalau sebaliknya macam mana pulak?

4. Dia akan jadi macam dominos efek. Daripada sekadar kemurungan, mungkin akan jadi perkara lain seperti prestasi kerja menurun > kena berhenti kerja > tak ada sumber pendapatan > bergaduh suami isteri dan sebagainya yang boleh mengakibatkan kemurungan makin teruk. Waktu ni bila keadaan makin sukar, nak rawat pun bertambah sukar. Sebab rawatan awal boleh membantu. Dan penyakit mental ni boleh dirawat, jadi untuk apa kita semakin menderita sorang-sorang. Ye, rawatan perlukan masa. Dia bukan semudah pening kepala, makan pain killer dan hilang. Tak.

5. Self-help. Self-help tu memang digalakkan. Untuk menjaga kesihatan mental sendiri, memang bagus. Tapi juga berisiko. Cth: kita google cara nak elak stress. Akan keluar jawapan sekian sekian, tapi dia tak merawat pun masalah tu. Analogi dia, kita ada cancer dan kita taktau tu cancer. Kita just google cara elakkan cancer, dan diberitau jangan merokok. Okay kita tahu tu cara nak elakkan, bukan cara nak sembuhkan. Jadi, cancer tu mungkin akan melarat. So, self help ni boleh tapi tak cukup.

6. Nak rawat penyakit mental ni bukan semudah kita sekadar kawal stress, sekadar ingat tuhan. Dia satu penyakit yang kompleks yang memerlukan intervensi yang pelbagai yang merangkumi aspek bio-psiko-sosial-spiritual. Sebab dia sama dengan penyakit-penyakit lain yang jugak memerlukan semua elemen2 tu untuk kesembuhan.

7. So macam mana untuk mendapatkan rawatan untuk pesakit mental ni? Ada banyak profesion. Yang main klinikal psikologis dan psikiatris. Yang lain2 tu ada kaunselor, terapis cara kerja, social worker, psikiatric nurses dan juga bantuan daripada other GP atau psikologis. Mereka semua bekerja as a team dan saling memerlukan antara satu sama lain.

8. Beza doktor psikiatri dan clinical psikologis ni adalah doktor psikiatri boleh prescribe ubat, tapi clinical psikologis tak boleh. Kedua2 profesyen ini boleh mendiagnose sakit mental, dan bekerjasama bersama pakar2 lain untuk rawatan pesakit. Doktor psikiatri more kepada rawatan ubatan, manakala psikologis more kepada terapi.

9. Bila sebut mendapatkan rawatan ni, dia bukan semudah asalkan jumpa orang mana-mana yang nampak macam pandai berkata-kata dan menasihat. Rawatan untuk sakit mental ni bukan sekadar nasihat. Penting untuk jumpa orang yang bertauliah sebab mereka ada akta yang melindungi pesakit dan perawat. Mereka juga terlatih dan diselia secara tersusun sewaktu belajar, jadi mereka dah berpengalaman dan akan menggunakan pendekatan yang terbukti dari segi saintifik dan jugak keagamaannya.

10. Elakkan berjumpa dengan entah siapa-siapa yang claim coach, sifu dan master tapi mengamalkan pendekatan yang tidak berbukti berkesan. Dia bukan sahaja tak berkesan, malah boleh membuatkan pesakit bertambah teruk, memberi mudarat dari segi fizikal, mental, emosi dan spiritual. Contohnya Law of attraction. Sangat bersifat positiviti toksik. Benda ni mungkin awal-awal kita rasa sangat terpegun dan tersentuh hati. Nak nak ajaran-ajaran sebegini disertakan hadis-hadis, nampak sangat islamik. Sebenarnya ramai dah orang-orang alim huraikan tentang bahayanya ajaran ni kepada aqidah. Ya, dia bukan sahaja tidak sahih dari segi saintifik, malah juga tidak shariah compliance.

11. Berkongsi rasa dan meluahkan perasaan ni sangat sihat untuk kesihatan mental. Cuma kalau Nak meluah, boleh cari orang yang dipercayai sebagai contoh kaunselor berdaftar. Di Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia kita ada menyediakan perkhidmatan Talian ReachU untuk kaunseling secara atas talian. Perkhidmatan ini percuma. Baru-baru ni kecoh isu beberapa orang yang dikatakan ada masalah kemurungan, kemudian mereka salah jumpa orang yang kononnya nak membantu, tapi end up kena cabul. Nauzubillah. Semoga kita semua tidak menjadi mangsa seterusnya. Orang yang mengambil kesempatan ada di mana-mana. Just, beware.

12. Kesimpulannya, penyakit mental boleh dirawat. Tak kisah la macam mana rawatan tu, as long as kita dah dapatkan yang terbaik (ihsan), dan terbukti berkesan (sahih). Semoga Allah reward dengan setiap kesabaran kita atas kesengsaraan yang dilalui. Kalau kita dah berusaha dengan bersungguh-sungguh (itqan) tapi mungkin Allah belum nak bagi kesembuhan, at least kita ada jawapan bila ditanya apa usaha kita untuk sembuh. Kita tak tahu amal kita yang mana yang Allah kira, jadi teruskan beramal dan berusaha ke arah kesembuhan. Niatkan yang kita nak lebih perform dalam beribadah dan dalam menjadi seorang abid.

Oleh:

Nur Areefah

Aktivitis Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia

Mahu Menyumbang?

Adakah anda mendapat manfaat daripada penulisan di atas? Sekiranya ya, mohon dipertimbangkan untuk memberi sumbangan agar kami boleh teruskan aktiviti, penulisan, isi kandungan dan inisiatif yang boleh membantu menyumbang kepada kesejahteraan psikospiritual dani mental masyarakat.

Nyatakan Pandangan Anda