MINI KARNIVAL : HARI WANITA

Pelbagai aktiviti diadakan seperti Bicara Wanita bersama ahli panel yang berkredibiliti seperti Pengerusi PKPM, Dr. Kamaliah bt Noordin dan Datuk Dr Harlina Halizah bt Hj Siraj, Pengasas Akademi Dr Har. Terdapat juga beberapa pertandingan, booth jualan dan produk. Karnival bertemakan “Kasih Wanita” ini diadakan pada: 19 MAC 2023 #mentalhealth #hariwanitamalaysia #kesihatanmentalmalaysia #wanitamalaysia #kasihwanita #minikarnivalwanita
Sambutan Hari Wanita 2023, Sungai Tapah, Ipoh

Team ReachU PKPM di Dewan Orang Ramai Sungai Tapah, Ipoh Perak bagi menjayakan Sambutan Hari Wanita 2023, bertemakan “Sayangi Dirimu : Cabaran Wanita Abad 21”. Khamis | 16 Mac 2023 #mentalhealth #counselling #kesihatanmental #kaunselingmalaysia
Muzakarah Pakar : Hak dan Tanggungjawab Penjaga Warga Emas Menurut Perspektif Islam

Hari ini, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengadakan Muzakarah Pakar berkenaan “Hak dan Tanggungjawab Penjaga Warga Emas Menurut Perspektif Islam”. Wakil PKPM, Dr Fauziah Hanim dan Puan Faizura turut serta hadir bagi tujuan penambahan ilmu dalam bidang warga emas. Selasa | 14 Mac 2023 #gerontologi #wargaemas #kesihatanmental #mentalhealthawareness
Program Kesedaran Kesihatan Mental dan Pengesanan Awal Kanser Payudara

Team ReachU PKPM telah menjayakan “Program Kesedaran Kesihatan Mental dan Pengesanan Awal Kanser Payudara” bertempat di : Flat PKNS, Blok 7, Jalan Plumbum 7/95, Seksyen 7, Shah Alam. Kami di sini pada jam 2.00petang hingga 5.00petang Program ini adalah dengan kerjasama Wanita Ikram Shah Alam dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia. Kami juga akan berada […]
Program Kebun Komuniti,KRT Taman Batu, Gombak.

Team ReachU PKPM telah menjayakan Program Kebun Komuniti dengan kerjasama KRT Taman Batu, Gombak. Aktiviti promosi, advokasi kesihatan mental, saringan DASS dan memberikan khidmat konsultansi psikopendidikan secara terus kepada warga komuniti yang hadir. Selasa | 07 Mac 2023 #mentalhealth #psychology #spiritual
Keperluan Kesejahteraan Psikospiritual Da’i

Pengerusi PKPM, Dr Kamaliah bt Noordin memberikan latihan berkenaan “Keperluan Kesejahteraan Psikospiritual Da’i kepada para sukarelawan. Program ini telah di diadakan secara fizikal dan atas talian, bertempat di D’Piazza Mall, Bayan Baru, Pulau Pinang. Alhamdulilah. Sabtu | 19 Februari 2023 #mentalhealthawareness #psikospiritual #mentalhealth
Program Kebun Komuniti, Dewan Masyarakat Taman Gombak

PKPM telah menjayakan Program Kebun Komuniti yang bertempat di Dewan Masyarakat Taman Gombak bagi meningkatkan kesedaran komuniti berkenaan kesihatan mental. Orang awam yang hadir juga telah berpeluang membuat ujian saringan DASS dari team Unit Kaunseling kami dan terdapat juga pendaftaran untuk meneruskan sesi kaunseling secara bersemuka. Alhamdulilah. #kaunselingMalaysia #kebunkomuniti #mentalhealth #mentalhealthawareness #kaunselorMalaysia
Peranan Pegawai Psikologi Universiti Awam ke Arah Kesejahteraan Mahasiswa Melalui Kompentensi Profesional

Timbalan Pengerusi PKPM, Dr Adnan Bin Omar memberi ceramah di bengkel kaunseling sempena Mesyuarat Majlis Kaunseling & Kerjaya Universiti Malaysia (MAKUMA). Ceramah bertajuk Peranan Pegawai Psikologi Universiti Awam ke Arah Kesejahteraan Mahasiswa Melalui Kompentensi Profesional Telah diadakan di Kompleks Perdanasiswa, U Malaya, KL. Khamis | 16 Februari 2023 #kaunselorMalaysia #kaunselingMalaysia
Dasar Warga Emas : Kementerian Pembangunana Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

TQSB : Tautan Qalbu Saudara Baru

Sesi Kaunseling kelompok bersama saudara baru di Negeri Kedah dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation, Kedah & Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA)